Saturday, January 30, 2010

18~12~2009




WALKING THROUGH HISTORY AT PETRA, JORDAN

Selamat pagi!
Hari ni journey kita akan diteruskan ke Petra, Jordan.
Apabila dengar je nama Petra, rasa tak sabar2 jugak nak pi sana. Ye la, sebab pernah tengok Petra dalam TV je.  Nampak mcm best je,tapi, tak tahulah Petra beso mana.

Lebih kurang pukul 6.30 pagi, kitaorang mulakan journey ke Petra bersama Abg Tarmizi. Pagi tu, hujan renyai-renyai. Menambahkan kesejukan yang memang telah sedia ada dalam badan ni.hehe.

Perjalanan ke Petra ni, ambil masa lebih kurang 3 jam. 'Eid  bawa kitaorang pi sana dengan menaiki keretanya(tataula pulak model ape). Eid ni dah berkeluarga, dan memang dah biasa bawa pelancong Malaysia jalan2 sekitar Jordan ni. Dia memang arab Jordan-la. Sape2 yang nak pi sana, boleh la contact dia. :D

Dalam perjalanan tu, kami pun mula la bersembang2 dengan Abg Tarmizi. Abg Tarmizi ni merupakan salah seorang pelajar universiti Mu'tah, amik bidang bahasa arab. Power la tu, sebab tak ramai orang amik course ni, sampaikan orang Arab sendiri pun tak berani amik course ni, ngee. Sebelum sampai Jordan, Abg Tarmizi pernah belajar kat KISDAR. (hehe, kisdar? kot2 pernah bertembung kat Malaysia. Ipoh manalah besar sangat). Bulan Januari 2010, abg Tarmizi cakap dia boleh balik Malaysia sbb dah habis study.

Emm, dalam perjalanan tu, kiri kanan jalan dia tak de apa2 sangat. Gersang aja, tapi memang dapat rasakan kebesaran ciptaan Illahi ;) Awan pun cerah je. Subhanallah, cantik!
Di tanah/ jalan yang gersang tu, ada jugak pencawang elektrik. Ingatkan tak de.huhu. atenye, macam mana deme dapat hidup kat situ?? haiyah..

Masa dalam tengah perjalanan, kitaorang pi beli breakfast. Lapar punya pasal, baham jela makanan yang dah ada depan mata. Sandwich telur! Telur dia bukan scramble ke ape, tapi sebiji telur rebus yang memang bulat uh! huhu. Air pulak, minum syai na'na'. Sodap!

Pukul 9.30 pagi, kitaorang start jalan kaki ke Petra tu. 
Tengok gambar jela ye. ^_^

berlatar belakangkan gambar King Abdullah n ....



start the journey!

untuk pengetahuan korang semua, benda yang abg tarmizi (yg pki bju oren) pegang tu adalah tempat air hujan mengalir utk jadi bekalan utk orang2 zaman dulu yg dok dlm petra tu.



laluan yang kitaorang lalu ni berkongsi dgn laluan kuda2 ni jugak. mujur tak kecil sangat laluannya.



besar, kan?

adegan pak arab ni korang boleh nmpk masa dlm perjalanan nk ke "grand canyon" nanti. diaorang ada waktu pagi je kot, coz bila kitaorang nak balik tu, pak2 arab ni dah menghilang.


abg Tarmizi tgh bargain dgn pak arab ni utk naik keldai. lama jugak lah. alhamdulillah, akhirnya kitaorang kena bayar 25 JD untuk 6 orang. masa tu, penat dah mula terasa walaupun baru je mulakan perjalanan.


antara keldai2 yang kami tunggangi ;p


jalan2.

ni antara contoh anak tangga untuk naik ke atas untuk lihat "grand canyon" uh.

panaskan badan sambil minum teh.

aha! dah nak sampai!



cantik? emm, luar dy pahat elok2. sebenarnya kat dalam tu bukannya ada apa2 pun.

amacam? berani lalu tak? kalau berani, jomla pi! lalu kat tepi2 pun, still ada rasa gayat :D

kuat betul ciptaan Allah yang satu ni, himar/keldai. kekuatan kaki dia boleh mengalahkan kereta land rover! memang cekapla himar ni. kalau tak, udah lama kitaorang tertonggeng dari himar ni masa nak naik tangga tadi ;)

*speechless*

Alhamdulillah, akhirnya sampai kat pintu keluar petra. letih ooo. lapar pulak tu ;p
masa tu dah pukul lebih kurang 3 petang laa.

Lepas solat jama', pi beli souvenir skit. lepas tu, makan kat Bukhara Restaurant.
Nak tengok makanan dia macam mana?

nasi bukhari+nasi briyani, ayam, roti, tomato, etc

yummy..yummy

sedap nih!


No comments: