Friday, January 15, 2010

16~12~2009


2.15 petang


"Long, cepatlah isi borang kemasukan UPU kat laman web tu. Satgi dah nak pergi ni", kata mak di sisi long. Masa tu, long (nama panggilan kakak) baru sahaja menghabiskan paper SPMnya yang terakhir, iaitu Pendidikan Syariah Islamiyah. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.


4.15 petang


Bertolak dari rumah. Pergi ke rumah mak saudara, Mak Teh di Shah Alam sekejap. Sembang-sembang dengan sedara-mara.


10.20 malam


Check-in di malaysia airlines. Kena tunggu kat dalam airport sampai pukul 1.30 pagi! Biasanya, kalau pelancong yang nak pergi ke luar negara, memang kena tunggu kat airport selama 3 jam. Mmm, lepas check-in, jumpa Pak Uda (Pakcik sedara belah ayah) and family pula sebab ayah nak bincang sesuatu pasal kerja.
Lepas tu, rehat-rehat sekejap dekat satu ruangan yang memang khas disediakan untuk pelancong yang nak tunggu masa untuk berlepas.
Boarding time kami pukul 1.00 pagi, naik Egypt Air.Sebelum kami sampai di Jordan, kami kena transit kat Cairo. Alhamdulillah, pukul 1.55 pagi, kami berlepas dari KLIA.


Perjalanan kami dari KL ke Cairo, ambil masa lebih kurang 10 jam! Huh, memang penatlah dok je dalam kapal terbang tu. Alhamdulillah, perkhidmatan Egypt Air ni bagusla juga. Makanan dia sedap! ;) Sesiapa yang tak biasa makan makanan dlm kapal terbang tu, siap2lah pack makanan dri rumah. Nanti, susah pulak. Kebulur dalam kapal terbang nanti.


Pernah ada satu masa dalam kapal terbang, umi tercakap bahasa malaysia dengan seorang pak arab ni! Sebab pak arab tu cakap dalam bahasa arab. Umi try cakap dalam bahasa inggeris, tapi tengok pak arab tu macam tak faham je..patu, terlontarlah bahasa malaysia kat pak arab tu..Belajar bahasa arab, memang umi belajar kat sekolah, tapi tak reti nak apply dalam kehidupan sharian. Apa yg umi dpt dari kejadian tu, sebenarnya kita memang kena kuasai suatu bahasa yang mmg org ramai guna di mana sahaja. Kalau sekarang ni, english la.. Kalau kita tak reti cakap dalam english or etc, maybe kita akan mudah ditipu oleh manusia2 yg berniat jahat kat kita..hmm, lepas ni kena praktiklah cakap dalam bahasa inggeris kat rumah~





No comments: