Saturday, January 30, 2010

18~12~2009




WALKING THROUGH HISTORY AT PETRA, JORDAN

Selamat pagi!
Hari ni journey kita akan diteruskan ke Petra, Jordan.
Apabila dengar je nama Petra, rasa tak sabar2 jugak nak pi sana. Ye la, sebab pernah tengok Petra dalam TV je.  Nampak mcm best je,tapi, tak tahulah Petra beso mana.

Lebih kurang pukul 6.30 pagi, kitaorang mulakan journey ke Petra bersama Abg Tarmizi. Pagi tu, hujan renyai-renyai. Menambahkan kesejukan yang memang telah sedia ada dalam badan ni.hehe.

Perjalanan ke Petra ni, ambil masa lebih kurang 3 jam. 'Eid  bawa kitaorang pi sana dengan menaiki keretanya(tataula pulak model ape). Eid ni dah berkeluarga, dan memang dah biasa bawa pelancong Malaysia jalan2 sekitar Jordan ni. Dia memang arab Jordan-la. Sape2 yang nak pi sana, boleh la contact dia. :D

Dalam perjalanan tu, kami pun mula la bersembang2 dengan Abg Tarmizi. Abg Tarmizi ni merupakan salah seorang pelajar universiti Mu'tah, amik bidang bahasa arab. Power la tu, sebab tak ramai orang amik course ni, sampaikan orang Arab sendiri pun tak berani amik course ni, ngee. Sebelum sampai Jordan, Abg Tarmizi pernah belajar kat KISDAR. (hehe, kisdar? kot2 pernah bertembung kat Malaysia. Ipoh manalah besar sangat). Bulan Januari 2010, abg Tarmizi cakap dia boleh balik Malaysia sbb dah habis study.

Emm, dalam perjalanan tu, kiri kanan jalan dia tak de apa2 sangat. Gersang aja, tapi memang dapat rasakan kebesaran ciptaan Illahi ;) Awan pun cerah je. Subhanallah, cantik!
Di tanah/ jalan yang gersang tu, ada jugak pencawang elektrik. Ingatkan tak de.huhu. atenye, macam mana deme dapat hidup kat situ?? haiyah..

Masa dalam tengah perjalanan, kitaorang pi beli breakfast. Lapar punya pasal, baham jela makanan yang dah ada depan mata. Sandwich telur! Telur dia bukan scramble ke ape, tapi sebiji telur rebus yang memang bulat uh! huhu. Air pulak, minum syai na'na'. Sodap!

Pukul 9.30 pagi, kitaorang start jalan kaki ke Petra tu. 
Tengok gambar jela ye. ^_^

berlatar belakangkan gambar King Abdullah n ....



start the journey!

untuk pengetahuan korang semua, benda yang abg tarmizi (yg pki bju oren) pegang tu adalah tempat air hujan mengalir utk jadi bekalan utk orang2 zaman dulu yg dok dlm petra tu.



laluan yang kitaorang lalu ni berkongsi dgn laluan kuda2 ni jugak. mujur tak kecil sangat laluannya.



besar, kan?

adegan pak arab ni korang boleh nmpk masa dlm perjalanan nk ke "grand canyon" nanti. diaorang ada waktu pagi je kot, coz bila kitaorang nak balik tu, pak2 arab ni dah menghilang.


abg Tarmizi tgh bargain dgn pak arab ni utk naik keldai. lama jugak lah. alhamdulillah, akhirnya kitaorang kena bayar 25 JD untuk 6 orang. masa tu, penat dah mula terasa walaupun baru je mulakan perjalanan.


antara keldai2 yang kami tunggangi ;p


jalan2.

ni antara contoh anak tangga untuk naik ke atas untuk lihat "grand canyon" uh.

panaskan badan sambil minum teh.

aha! dah nak sampai!



cantik? emm, luar dy pahat elok2. sebenarnya kat dalam tu bukannya ada apa2 pun.

amacam? berani lalu tak? kalau berani, jomla pi! lalu kat tepi2 pun, still ada rasa gayat :D

kuat betul ciptaan Allah yang satu ni, himar/keldai. kekuatan kaki dia boleh mengalahkan kereta land rover! memang cekapla himar ni. kalau tak, udah lama kitaorang tertonggeng dari himar ni masa nak naik tangga tadi ;)

*speechless*

Alhamdulillah, akhirnya sampai kat pintu keluar petra. letih ooo. lapar pulak tu ;p
masa tu dah pukul lebih kurang 3 petang laa.

Lepas solat jama', pi beli souvenir skit. lepas tu, makan kat Bukhara Restaurant.
Nak tengok makanan dia macam mana?

nasi bukhari+nasi briyani, ayam, roti, tomato, etc

yummy..yummy

sedap nih!


Friday, January 15, 2010

17~12~2009


6.55 pagi (tak pasti samada waktu di egypt atau malaysia,hehe)

Alhamdulillah, sampai kat airport cairo. "Main2" passport dengan petugas kat sana, lepas tu tunggu kat dlm airport tu lebih kurang 1 jam, then baru naik kapal terbang lain pulak untuk berlepas ke bumi urdun.
Alhamdulillah, akhirnya kitaorang sampai gak di Wisma Negeri Sembilan kat Jordan.

Lupa nak cakap, sebelum tu, abang Tarmizi jemput kitaorang kat airport Jordan.    
                                              
   
waiting for abang Tarmizi


Pastu, ingat nak tukaq duit Malaysia, so abg. Tarmizi pun bawaklah kami ke tmpt money changer.
Mula2, pi kat satu tempat ni, Abg Tarmizi bagi salam, tapi..ntahlah, tak pasti sama ada salam tu dijwb oleh orang yang ada dalam office tu. Dia boleh buat dek je. Sabar jela.
Pastu, abg Tarmizi bawakla kitaorang  ke tempat money changer yang lain. (sebelah-sebelah je pon)
Alhamdulillah, at last dapat jugak tukar mata wang Malaysia kepada Jordan a.k.a JD.
Aha, 1 JD sama dengan RM5, lebih kurangla..n 1 USD sama dengan 4.9 JD..

Berbalik kepada wisma n9, alhamdulillah tempat dia okey dan bagus walaupun tak bertaraf macam hotel lima bintang.huhu. heater ada 2. tapi rasa macam tak cukup je heater tu. sejuk bangat!


inilah penyelamat kami! terima kasih encik heater, hehe~


Alamak, lupa lagi nak cakap..
Sebelum sampai wisma N9, kitaorang lunch di salah sebuah restoran yg memang popular dalam kalangan student Malaysia kat sana. Aha! Kat sana la, kitaorang terjumpa dengan Kak Huda Wajihah serta seorang rakannya! Aiseh, boleh pulak kitaorang bersembang2  dkt tgh2 restoran tu..dahla masa tu orang ramai..hehe
ye la, udah lama tak jumpa dengan kak huda yang ceria2 selalu ni..
lagipun, nila first time jumpa dengan ex-smah kat luar negara..huhu
Lepas dah ber"tata" dengan kak huda, kitaorang pon pi lah naik bahagian atas restoran tu. Yang bagusnya, tempat pelajar perempuan diasingkan dgn bahagian lelaki. Tapi, kat bahagian bawah tu, tak pastilah pulak.

Abang Tarmizi pun memesan 6 syawarma (mcm kebab dagingla) dan 6 gelas teh pudina a.k.a syai na'na' maujud.

Mak aih, sedap bangat tehnya..sebab dia letak satu teabag tu dalam  segelas setiap orang..mana tak sedapnya..dahla ada mint n gula..memang manis n sedap klo minum masa tgh sejuk! syawarma tu plak mmg best habis..sedap! [alhamdulillah ;)]

then, kitaorang pun balik le ke wisma n9 lepas dah b'jumpa dgn Encik Shah Redzza n bro Shafiq utk diskus nak buat apa lepas ni..


     Inilah hotel kami sepanjang kami berada di Mu'tah, Jordan

sejuk sangat, sampai selubung satu badan dgn selimut tebal (^_^)

16~12~2009


2.15 petang


"Long, cepatlah isi borang kemasukan UPU kat laman web tu. Satgi dah nak pergi ni", kata mak di sisi long. Masa tu, long (nama panggilan kakak) baru sahaja menghabiskan paper SPMnya yang terakhir, iaitu Pendidikan Syariah Islamiyah. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.


4.15 petang


Bertolak dari rumah. Pergi ke rumah mak saudara, Mak Teh di Shah Alam sekejap. Sembang-sembang dengan sedara-mara.


10.20 malam


Check-in di malaysia airlines. Kena tunggu kat dalam airport sampai pukul 1.30 pagi! Biasanya, kalau pelancong yang nak pergi ke luar negara, memang kena tunggu kat airport selama 3 jam. Mmm, lepas check-in, jumpa Pak Uda (Pakcik sedara belah ayah) and family pula sebab ayah nak bincang sesuatu pasal kerja.
Lepas tu, rehat-rehat sekejap dekat satu ruangan yang memang khas disediakan untuk pelancong yang nak tunggu masa untuk berlepas.
Boarding time kami pukul 1.00 pagi, naik Egypt Air.Sebelum kami sampai di Jordan, kami kena transit kat Cairo. Alhamdulillah, pukul 1.55 pagi, kami berlepas dari KLIA.


Perjalanan kami dari KL ke Cairo, ambil masa lebih kurang 10 jam! Huh, memang penatlah dok je dalam kapal terbang tu. Alhamdulillah, perkhidmatan Egypt Air ni bagusla juga. Makanan dia sedap! ;) Sesiapa yang tak biasa makan makanan dlm kapal terbang tu, siap2lah pack makanan dri rumah. Nanti, susah pulak. Kebulur dalam kapal terbang nanti.


Pernah ada satu masa dalam kapal terbang, umi tercakap bahasa malaysia dengan seorang pak arab ni! Sebab pak arab tu cakap dalam bahasa arab. Umi try cakap dalam bahasa inggeris, tapi tengok pak arab tu macam tak faham je..patu, terlontarlah bahasa malaysia kat pak arab tu..Belajar bahasa arab, memang umi belajar kat sekolah, tapi tak reti nak apply dalam kehidupan sharian. Apa yg umi dpt dari kejadian tu, sebenarnya kita memang kena kuasai suatu bahasa yang mmg org ramai guna di mana sahaja. Kalau sekarang ni, english la.. Kalau kita tak reti cakap dalam english or etc, maybe kita akan mudah ditipu oleh manusia2 yg berniat jahat kat kita..hmm, lepas ni kena praktiklah cakap dalam bahasa inggeris kat rumah~





Muqaddimah

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, akhirnya terhasil juga sebuah blog setelah  sekian lama menangguhkan penghasilan blog ini.
Emm, ana buat blog ni untuk berkongsi dengan  sesiapa sahaja tentang pengalaman ana sepanjang safar ana bersama keluarga di mana2 sahaja. Alhamdulillah,lebih kurang dua minggu lepas, umi dengan famili umi bermusafir di bumi anbiya' a.k.a jordan, syria, dan mesir selama 2 minggu.

Dan inshaAllah umi akan cerita tentang safar umi ni lebih lanjut lagi pada entri yang seterusnya.
Umi harap sesiapa yang baca blog ni akan beroleh manfaat dan ilmu yang baru walaupun sedikit, inshaAllah.
Kita jumpa di entri yang seterusnya!